Posted by
SK Sg Tiram
Diberi nama sempena dengan nama kampung Sungai Tiram. Sebuah perkampungan nelayan terletak di bahagian Tenggara Dearah Manjung. menurut cerita orang-orang tua di sinikira-kira 100 tahun dahulu sungai di sini telah di naikioleh sejenis SIPUT yang TIRAM.Asal nya kampung ini di namai KUALA. Namun akhirnya dikenali KUALA TIRAM.
Dari setahun ke setahun penduduk di sini semakin bertambah. Pekerjaan mereka kebanyakannya sebagai nelayan. Akhirnya kampung ini di kenali sebagai Kampung Sungai Tiram. Penduduknya pula ada yang bertukar kerja dari nelayan ke pekebun dan koko.
Pada tahun 1929 orang kampung berketurunan Jawa, Melayu, dan Banjar bergotong royong mendirikan sebuah bangsal panjang beratapkan nipah berdingdingkan tepas dan bertiangkan kayu bakau untuk di jadikan SEKOLAH. Kerja-kerja pembinaan itu di ketuai oleh ENCIK ALI. Asalnya sekolah ini di kenali sebagai SEKOLAH MELAYU SUNGAI TIRAM. Mereka juga ada menbina sebuah rumah guru.
Bangunan sekolah dibina di atas tapak lapag milikkerajaan seluas 3hektar. Seramai 40 orang murid didaftarkan mula-mula belajar disini. Dua orang guru iaitu CIKGU MOHD NOR BIN TAMBI (Guru Besar) dan CIKGU SHAFIE BIN MOHD ALI sebagai guru penolong yang berkhidmat di sini.
Sekali lagi penduduk kampung bergotong royong menebang dan menebas belukar yang ada untuk dijadikan padang permainan.
Pada tahun 1941 kerajaan di bawah Negeri-Negeri Selat telah membina sebuah bangunan besar untuk menggantikan sekolah lama. Bangunan sekolah yang berukuran 78x24 kaki persegi beratapkan genting, berdingding dan berlantaikan papan berdiri tersergah indah di tengah-tengah Kampung Sungai Tiram. menurut cerita orang, ada beberapa orang anak kecil yang mula-mula belajar dalam Darjah Satu sangat takut melihat bangunan sekolah yang begitu hebat pada masa itu.

Category: